8 May 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN AGIHAN ZAKAT KEPADA SEKOLAH ANGKAT OLEH Pusat Zakat Selangor (PZS)



Majlis Penyampaian Agihan Zakat kepada Sekolah Angkat PZS telah diadakan di Hotel Grand Blue Wave pada 10 April 2013. Majlis telah disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Islam/Moral JPS yang mewakili Tuan Pengarah, Tn Hj Mahmud B Karim.
Hampir 100 sekolah yang terlibat sebagai Sekolah Angkat PZS termasuk SK Sementa. Agihan yang diperolehi adalah sebanyak RM15000.00.
Pihak Sekolah melalui Unit Hem & JK Asnaf akan merancang & melaksanakan pelbagai aktiviti yang melibatkan anak asnaf terpilih seperti kelas tuisyen, Kursus teknik belajar, motivasi pelajar & penjaga, majlis berbuka puasa & bermacam-macam lagi. Diharap Anak Asnaf yang terlibat memperoleh manfaat dari pelbagai aktiviti yang dirancang. 'Mengubah Ekonomi Keluarga melalui Pendidikan"

No comments:

Post a Comment