1 February 2014

PELANCARAN PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG (PAGP) 2014


Badge button PAGP - lengkap dengan nama guru
Guru-guru anggun mengenakan badge button, simbolik PAGP
Hjh Radiah (PK1) menyematkan badge button PAGP pada Hj Mazanah (Guru Besar)
Barisan Pentadbir SK Sementa
Barisan guru-guru sesi pagi
'bunting' PAGP
Guru Besar menyemat badge button di pakaian PK1
Guru Besar memotong reben pada 'bunting' PAGP simbolik bermula program
Guru Besar menyemat Badge button PAGP di pakaian PK Kokurikulum
Ucapan Perasmian oleh Tuan Guru Besar, Pn Hjh Mazanah Bt Dawi

Anggun & bergaya barisan pentadbir SK Sementa



Majlis Pelancaran Program Amalan Guru Penyayang (PAGP) telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Guru Besar, Pn Hjh Mazanah Bt Dawi pada 20.01.2014. PAGP telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama semua warga pendidik SK Sementa.
Majlis dimulakan dengan mempersilakan En Faridzul (PK HEM) menghuraikan serba sedikit tentang konsep PAGP. Disusuli dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar & acara memotong reben banting PAGP. Seterusnya, Guru Besar menyematkan 'badge button-LOVING TEACHER" kepada Pn Hjh Radiah (PK Pentadbiran) dan Pn Dayang Fatimah (PK Ko-Kurikulum) sebagai simbolik PAGP yang akan berlangsung sepanjang tahun 2014
Diantara aktiviti yang dirancang & akan dilaksanakan ialah menyambut kehadiran murid ke sekolah setiap hari di pintu pagar & di kelas, memberikan penghargaan & mengadakan majlis harijadi di kelas, program mento-mentee, lawatan ke rumah orang tua & anak yatim dan banyak lagi program yang berkolaborasi dengan panitia & unit HEM yang lain
Konsep peka & prihatin terhadap anak murid merupakan tanggungjawab & amanah yang perlu dipikul bersama semua guru & staf SK Sementa. Guru-guru sebagai ibu bapa juga mengharapkan agar anak mereka disayangi & dididik sebaik mungkin oleh gurunya. Moga apa yang kita lakukan hari ini mendatangkan kebaikan & manfaat kepada diri & keluarga kita kelak 
"Anak-anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai,  mereka merupakan pemimpin masa akan datang, mensyukuri nikmat yang diberikan dengan memberi sebanyak mungkin kebaikan kepada anak akan mendatangkan rahmat yang besar kepada diri kita - InsyaAllah"
Terima kasih JK B&K diketuai oleh Cikgu Norhayati Isa & semua guru SK Sementa yang menjayakan PAGP 2014
TERIMA KASIH CIKGU!!!!!








No comments:

Post a Comment