Program Bicara Akademik telah diadakan pada 10.01.2014(Jumaat). Program yang dianjurkan bersama Unit Bimbingan Kaunseling dan Tahun 6 ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan oleh para ibu bapa .
Program dimulakan dengan ucapan aluan Guru Besar dan Pemangku YDP PIBG. Seterusnya Guru Besar memperkenalkan guru-guru yang mengajar murid tahun 6. Disusuli dengan Akujanji ibu bapa diketuai oleh wakil ibu bapa yang hadir. Program diteruskan dengan ceramah oleh Tn Hj Zailan (Kaunselor JPS). Majlis tamat pukul 11.00 malam.
Terima kasih kepada ibu bapa yang hadir, JK program, PIBG, Unit B&K & Guru-guru tahun 6. Moga program yang dilaksanakan memberi cahaya positif & manfaat untuk semua yang hadir.
No comments:
Post a Comment