2 February 2014

MAJLIS AGIHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN RM100









Majlis Agihan Bantuan Awal Persekolah 2014 telah berlangsung lancar pada 23.01.2014 (Khamis). Surat makluman kepada ibu bapa telah diedarkan 3 hari sebelum majlis diadakan. Majlis bermula pada pukul 11pagi (sesi pagi) & 2.30petang (sesi) 
Majlis tersebut telah dihadiri bersama En Suhaidi B Hj Surani (Ketua Pemuda Bahagian Kapar). Dalam ucapannya beliau menyeru kepada ibu bapa agar bantuan yang diterima ini digunakan dengan sebaik mungkin khas untuk keperluan anak-anak yang bersekolah seperti membeli buku tulis, buku latihan, alat tulis & uniform sekolah.
Sebanyak RM182 600.00 telah diperuntukan untuk tujuan tersebut. Melalui peruntukan yang telah diluluskan dalam bajet 2014, semua murid di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan layak menerima RM100 dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan, 
Moga dengan bantuan ini dapat mengurangkan beban ibu bapa terutama dalam menyediakan keperluan persekolahan anak. Unit HEM mengucapkan tahniah kepada ibu bapa & terima kasih kepada semua guru yang bertungkus lumus dalam menjayakan majlis ini.

No comments:

Post a Comment