4 February 2014

MESYUARAT AGUNG BAKES 2014





Mesyuarat Agung BAKES telah diadakan pada 25 Januari 2014 (Sabtu). Mesyuarat telah berlangsung pada jam 11pagi. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan Aluan Guru Besar, Pn Hjh Mazanah Bt Dawi. Seterusnya  majlis dipengerusikan oleh En Ahmad Zamzuri (Naib Pengerusi BAKES sesi 2012/2013). Pembentangan Laporan aktiviti oleh setiausaha, Pn Norhafizah dan pembentangan Laporan Kewangan oleh Pn Siti Zatusy. Mesyuarat diteruskan dengan perbincangan usul yang diterima. JK BAKES 2012/2013 dibubarkan untuk Pemilihan JK BAKES Sesi 2014/2015. Setinggi-tinggi penghargaan kepada JK BAKES Sesi 2012/2013 yang diketuai oleh En Ibni atas kerjasama,komitmen & inisiatif membantu pihak sekolah menganjurkan pelbagai aktiviti guru antaranya Majlis Persaraan Guru Besar, Pn Nur Aini, Majlis Persaraan PK Ko-Kurikulum, En Abu Talib, Hari Guru dan aktiviti-aktiviti lain.
En Ahmad Zamzuri telah dilantik sebagai pengerusi sementara. Pemilihan JK bermula. Tahniah kepada JK BAKES yang baru diketuai oleh Pn Razila Bt Kasmin. JK BAKES yang baru juga kelihatan mantap & seimbang. Moga JK BAKES yang baru dapat meneruskan komitmen tinggi yang ditunjukkan JK sebelum ini dalam membantu sekolah & menjaga kebajikan guru-guru & staf.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.30 petang & semua yang hadir menikmati jamuan makan tengahari yang di 'sponsor' oleh pihak BAKES 12/13, Ko-Kurikulum & Pengusaha Kantin Sekolah.

No comments:

Post a Comment