TARIKH : 25.01.2014 (SABTU)
MASA : 8 PAGI - 11 PAGI
TEMPAT : SK SEMENTA & TREK SEKITAR KG. SEMENTA
PENGLIBATAN : SEMUA MURID TAHUN 4,5,6
Program bersama anjuran Unit Sukan & Unit PPDa ini merupakan akativiti tahunan yang dirancang. Selain memastikan murid cergas & aktif, larian ini juga mendidik murid-murid mengamalkan gaya hidup sihat & menjauhi anasir serta najis dadah.
Bermula dengan aktiviti memanaskan badan melalui senamrobik, Cikgu Jenny & rakan guru lain menjadi instruktor kepada murid-murid. Diakhir sesi murid-murid melaungan moto PPDa "Hidup Sihat Tanpa Dadah" beramai-ramai.
Tepat pukul 8.45 pagi murid-murid dilepaskan mengikut kategori masing-masing oleh Tn. Guru Besar, Pn Hjh. Mazanah. Murid-murid juga telah dibahagikan mengikut rumah sukan masing-masing iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu & Hang Kasturi.
Guru Besar sangat teruja dan turut serta bersama-sama murid berlari. 9.15 pagi peserta pertama tiba ke garisan penamat diikuti oleh peserta lain.
En Fadzil (Pemangku YDP PIBG) turut hadir memberikan sokongan moral kepada murid-murid. 3 anggota polis dari Balai Polis Sg. Kapar membantu aliran traffik ketika larian berlangsung.
Semua peserta berhimpun di Dewan Lestary untuk majlis penyampaian hadiah. Majlis tamat jam 11 pagi.
Ucapan tahniah & penghargaan kepada Unit Sukan yang berkolaborasi bersama unit PPDa. Terima kasih kepada Pn Dayang Fatimah (GPK KoKurikulum), En Iswandi (s/u Sukan), Pn Irani (Ketua Unit PPDa) dan guru-guru yang menjayakan program ini.
No comments:
Post a Comment